Siapakah Fauziah Musa?
Memperkenalkan.. Fauziah Musa , Suno Persona AI yang boleh menyanyi seperti kita-kita.. dan dia menyanyi dengan baik ya! Perjalanannya baru bermula 5 Disember 2025 yang lalu apabila saya akhirnya mengambil keputusan untuk mendaftarkan ke Distrokid, semua lagu-lagu yang saya cipta menggunakan suara Persona-nya yang saya namakan 'Fauziah Musa' melalui prompt Suno AI sejak September 2025. Ke mana hala-tuju dia selepas ini, saya sendiri tidak tahu. Tapi yang saya pasti ialah hidup saya kini seumpama 'membela' seekor kucing kesayangan yang boleh 'menyanyi'! Penciptaan perwatakannya seperti juga mengembangkan watak-watak dalam sesebuah skrip filem/tv. Saya cuba mendalami dan memahami (baca: sebenarnya lebih kepada nafsu kreatif aku untuk membentuk watak dia) siapakah Fauziah Musa luaran dan dalamannya? Asas character development dia sama je macam masa brainstorming dalam writer's room. Kena ada nama dan apakah fungsi wataknya? Bezanya kali ini ialah dia sudah se...